Definisi Pembangunan Dan Pertumbuhan Ekonomi
Pembangunan ialah perkataan yang digunakan secara meluas dalam
semua media massa di seluruh dunia dan merupakan konsep yang kerap kali disebut
dan dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat, sama ada di Timur maupun di
Barat, terutama di kalangan ahli politik, wartawan, dan ahli sains sosial.
Walaupun pembangunan satu perkataan yang sudah biasa didengar dan diperkatakan
oleh banyak orang, tetapi pengertian konsep pembangunan begitu luas cakupannya.
Pengertian pembangunan perlu dihayati sebelum seseorang itu dapat memahami
keseluruhan proses dan teori pembangunan. Usaha untuk memahami konsep
pembangunan itu sendiri jauh lebih sukar daripada memahami proses dan teori
pembangunan. Namun demikian, terdapat beberapa pengertian yang biasanya
disinonimkan dengan konsep pembangunan, yaitu konsep pertumbahan ekonomi,
modenisasi, industrialisasi, normatif/ atau hak keperluan asas, dan
environmentalisme.
Pertumbuhan
Ekonomi
Pengertian konsep pembangunan yang paling mudah dan populer ialah
kemakmuran ekonomi. Kemakmuran ekonomi dihubung kaitkan dengan taraf kehidupan
yang lebih baik, terutamanya dari segi akumulasi modal dan kekayaan sebuah
negara. Niagara yang kaya-raya dianggap sebagai negara yang makmur. Kemakmuran
ekonomi sesebuah negara dinilai dari segi pertumbahan ekonomi yang dicapai oleh
negara terbabit dari semasa ke semasa. Jika kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah
negata itu meningkat dari setahun ke setahun, ini bermakna bahawa pembangunan
adalah pesat di negara tersebut. Ringkasnya, pertumbuhan ekonomi adalah panting
kepada pembangunan. Malah, pembangunan itu sendiri boleh diukur berdasarkan
sejauh mana kadar pertumbuhan ekonomi yang dicapai oleh sesebuah negara dari
semasa ke semasa.
Pertumbuhan
ekonomi dikaitkan dengan dua kepentingan dalam proses pembangunan di
sesebuah negara. Peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi bermakna saiz ekonomi di
sesebuah negara bertambah. Saiz ekonomi yang bertambah besar merujuk kepada
suatu skala aktiviti ekonomi yang semakin meluas di dalam semua sektor. Ini
bermakna lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dari semasa ke semasa.
Kewujudan peluang-peluang pekerjaan yang berterusan dapat membantu sesebuah
negara mencapai tahap guna tenaga penuh. Jika tahap ini dapat dicapai, maka
sudah pasti tidak wujud lagi masalah seperti pengangguran di kalangan penduduk
sesebuah negara. Secara umum, apabila tiada pengangguran bermakna tiadak ada
lagi kemiskinan. Oleh itu, satu daripada matlamat utama pembangunan, adalah
untuk menghapuskan kemiskinan.
Pertumbuhan ekonomi juga dapat meningkatkan pendapatan atau kadar
upah para pekerja. Kenyataan tersebut dibuat kerena pertumbuhan ekonomi merujuk
kepada pertambahan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah sistem
ekonomi. Pengeluaran pula dapat ditingkatkan dengan meningkatkan produktiviti
para pekerja. Produktiviti yang meningkat bermakna lebih hanyak keuntungan
bakal diperoleh, dan secara langsung membolehkan kadar upah dinaikkan. Kenaikan
kadar upah akan menyebabkan kenaikan kuasa ben. Upah yang tinggi dan mencukupi
membolehkan penduduk mendapatkan segala keperluan kehidupan (sekiranya kadar
inflasi senantiasa rendah). Oleh itu, satu lagi matlamat pembangunan adalah
untuk menyediakan keperluan kehidupan yang mencukupi untuk setiap penduduk.
hei kawan,Yuk kita ikut lomba 10 kategori lomba khusus bagi mahasiswa Universitas Gunadarma. Edisi
BalasHapusDesember2012 ini diperuntukan bagi mahasiswa S1 dan D3. Tersedia 100 pemenang, atau 10 pemenang
untuk setiap kategori. link
http://studentsite.gunadarma.ac.id/news/news.php?stateid=shownews&idn=755
oh iya, kalian nggak mau ketinggalan kan untuk update terhadap berita studentsite dan baak , maka dari itu, yuk pasang RSS di Studentsite kalian.. untuk info lebih lanjut bagaimana cara memasang RSS , silahkan kunjungi link ini
http://hanum.staff.gunadarma.ac.id/Downloads/folder/0.5